Baru-baru ini saya menghadiri satu perbincangan tentang simpanan yang tepat. Beberapa orang pakar ekonomi turut serta sebagai panel pada hari tersebut. Apa yang ingin saya kongsikan adalah isi perbincangan pada hari tersebut.
Emas Adalah Simpanan Terbaik.
Ramai yang masih memiliki anggapan yang salah. Bila mereka ingin mendapatkan emas, mereka kata MEMBELI emas. Di sini konsep itu adalah salah. Kata salah seorang panel pada malam tersebut.
Sebenarnya, mendapatkan barang kemas sahaja yang dikenali sebagai membeli. Kenapa? Kerana anda mebmayar bukan sahaja pada kos emas, malah juga harga upah. Tetapi apabila anda memiliki emas jongkong, sebenarnya anda hanya menukarkan duit anda kepada emas. Duit anda tidak hilang. Emas tersebut adalah duit anda.
Perbincangan hebat malam tersebut membayangkan kepada kita semua bahawa duit kertas ini merosot nilainya. Kebanyakkan orang menyimpan duit kertas sebagai persediaan di masa hadapan serta kegunaan di masa kecemasan. Tindakan itu salah. Itu kata-kata barisan panel-panel yang ada pada malam tersebut. Alasan mereka, pada kecemasan yang anda perlukan nanti, nilai duit kertas yang anda simpan itu tidak akan mencukupi.
Oleh kerana anda tidak berada di sana pada ketika itu, biar saya huraikan dengan lebih mendalam. Apa yang mereka maksudkan adalah simpanan duit kertas untuk jangka masa panjang sangat merugikan. Saya faham sekiranya anda simpan sebahagian untuk digunakan pada hari-hari yang tidak selalu cerah ini. Namun sekiranya anda ingin simpan untuk tempoh yang panjang seperti 10 tahun ke atas, saya katakan tindakan itu SALAH.
Mengapa?
Ini jawapannya. Mari kita kembali pada tahun 60an, 80an dan sekarang. Pada tahun 60an, ibu saya hanya membawa 20sen untuk belanja sekolah. Dengan 20sen beliau dapat membeli air dan semangkuk mee kari.
Tahun 80an, saya ke sekolah rendah, untuk benda yang sama, saya perlu ada 50sen. Tetapi kini, belanja untuk benda yang sama pada seorang budak sekolah rendah, perlu membayar RM1.50 untuk 2 benda yang sama. Berapa banyak mee kari ktersebut, masih sama seperti apa yang saya dan ibu saya dapat dahulu. Ini menunjukkan bahawa nilai duit kertas semakin hari semakin berkurang.
Rumusan untuk memendekkan artikel saya ini sangat mudah. Sekiranya anda ingin menyimpan untuk tujuan jangka panjang seperti, membayar duit muka rumah, yuran pendidikan anak-anak untuk universiti atau apa jua, TUKAR simpanan tunai itu kepada emas. Yakinlah, apabila masa tersebut tiba, niali emas tersebut telah mengatasi nilai yang anda inginkan.
Saya akan menulis lebih banyak lagi tentang emas ini untuk lebih pemahaman kepada anda. Marilah kita menjadi pengguna yang bijak.
Selamat Datang
Terima kasih kerana singgah. Tidak kiralah anda sempat membaca atau tidak, terima kasih saya ucapkan. Untuk kefahaman yang jelas and boleh baca posting WAJIB BACA untuk memahami bagaimana posting di blog ini disusun.
Penulisan di blog ini adalah semata-mata hasil penulisan saya. Semuanya dinilai melalui tefsiran saya berdasarkan apa yang saya lihat, saya dengar dan saya baca.
Sekiranya penulisan ini membuatkan anda tersinggung, sila komen. Sekiranya rasa saya salah, buktikan & betulkan. Saya bersikap terbuka dalam hal ini.
Blog ini menyentuh bab-bab perniagaan, kepenggunaan dan perkara yang berlaku sehari-hari. Selamat membaca.