Selamat Datang

Terima kasih kerana singgah. Tidak kiralah anda sempat membaca atau tidak, terima kasih saya ucapkan. Untuk kefahaman yang jelas and boleh baca posting WAJIB BACA untuk memahami bagaimana posting di blog ini disusun.

Penulisan di blog ini adalah semata-mata hasil penulisan saya. Semuanya dinilai melalui tefsiran saya berdasarkan apa yang saya lihat, saya dengar dan saya baca.
Sekiranya penulisan ini membuatkan anda tersinggung, sila komen. Sekiranya rasa saya salah, buktikan & betulkan. Saya bersikap terbuka dalam hal ini.

Blog ini menyentuh bab-bab perniagaan, kepenggunaan dan perkara yang berlaku sehari-hari. Selamat membaca.

Wednesday, March 2, 2011

'TP' Memilih Simpanan Yang Tepat

Baru-baru ini saya menghadiri satu perbincangan tentang simpanan yang tepat. Beberapa orang pakar ekonomi turut serta sebagai panel pada hari tersebut. Apa yang ingin saya kongsikan adalah isi perbincangan pada hari tersebut.

Emas Adalah Simpanan Terbaik.
Ramai yang masih memiliki anggapan yang salah. Bila mereka ingin mendapatkan emas, mereka kata MEMBELI emas. Di sini konsep itu adalah salah. Kata salah seorang panel pada malam tersebut.

Sebenarnya, mendapatkan barang kemas sahaja yang dikenali sebagai membeli. Kenapa? Kerana anda mebmayar bukan sahaja pada kos emas, malah juga harga upah. Tetapi apabila anda memiliki emas jongkong, sebenarnya anda hanya menukarkan duit anda kepada emas. Duit anda tidak hilang. Emas tersebut adalah duit anda.

Perbincangan hebat malam tersebut membayangkan kepada kita semua bahawa duit kertas ini merosot nilainya. Kebanyakkan orang menyimpan duit kertas sebagai persediaan di masa hadapan serta kegunaan di masa kecemasan. Tindakan itu salah. Itu kata-kata barisan panel-panel yang ada pada malam tersebut. Alasan mereka, pada kecemasan yang anda perlukan nanti, nilai duit kertas yang anda simpan itu tidak akan mencukupi.

Oleh kerana anda tidak berada di sana pada ketika itu, biar saya huraikan dengan lebih mendalam. Apa yang mereka maksudkan adalah simpanan duit kertas untuk jangka masa panjang sangat merugikan. Saya faham sekiranya anda simpan sebahagian untuk digunakan pada hari-hari yang tidak selalu cerah ini. Namun sekiranya anda ingin simpan untuk tempoh yang panjang seperti 10 tahun ke atas, saya katakan tindakan itu SALAH.

Mengapa?
Ini jawapannya. Mari kita kembali pada tahun 60an, 80an dan sekarang. Pada tahun 60an, ibu saya hanya membawa 20sen untuk belanja sekolah. Dengan 20sen beliau dapat membeli air dan semangkuk mee kari.
Tahun 80an, saya ke sekolah rendah, untuk benda yang sama, saya perlu ada 50sen. Tetapi kini, belanja untuk benda yang sama pada seorang budak sekolah rendah, perlu membayar RM1.50 untuk 2 benda yang sama. Berapa banyak mee kari ktersebut, masih sama seperti apa yang saya dan ibu saya dapat dahulu. Ini menunjukkan bahawa nilai duit kertas semakin hari semakin berkurang.

Rumusan untuk memendekkan artikel saya ini sangat mudah. Sekiranya anda ingin menyimpan untuk tujuan jangka panjang seperti, membayar duit muka rumah, yuran pendidikan anak-anak untuk universiti atau apa jua, TUKAR simpanan tunai itu kepada emas. Yakinlah, apabila masa tersebut tiba, niali emas tersebut telah mengatasi nilai yang anda inginkan.

Saya akan menulis lebih banyak lagi tentang emas ini untuk lebih pemahaman kepada anda. Marilah kita menjadi pengguna yang bijak.

Saturday, February 19, 2011

'II' Kenapa Iklankan?

Saya menerima beberapa meseg di 'inbox' facebook saya, meminta menghuraikan lebih mendalam tajuk SEBAB APA SAYA IKLANKAN PRODUK SAYA. Untuk pengetahuan anda, memang saya sengaja menulis dengan cara tersebut. Kadangkala menulis dengan panjang lebar, tidak memberi apa-apa soal balas dari pembaca. Mungkin terlalu jelas atau terlalu bosan. Jadi apabila ditulis sebegitu ramai yang memberi tindak balas. Tak apa, saya suka.

Berdasar Soalan Di Atas, di bawah saya senaraikan fakta keperluan pengiklanan. Mungkin ada student yang last minute buat kerja boleh copy paste sahaja kan.

• Mencipta kesedaran (seolah-olah "HEI, AKU KAT SINI!!!")

• Mewujudkan minat dan keinginan (mendorong untuk ambil tahu produk itu)

• Mewujudkan kesetiaan jenama (supaya pelanggan sedia ada kekal dengan jenama anda)

• Untuk melancarkan produk baru (pemberitahuan, ingat produk tak boleh cakap sendiri

• Membina imej syarikat atau jenama

• Menentang tindakan pesaing (contoh; TM vs P1 Wimax)

• Untuk mengingatkan pelanggan (seolah-olah; "Hei, kami masih dalam pasaran!!")

• Untuk menyokong unit jualan (jenama yang terkenal memudahkan proses jualan)

Inilah fakta-fakta yang dapat anda sebagai pelajar atau peniaga sendiri jadikan bahan bacaan untuk dipraktikkan untuk keperluan masing-masing.

'IP' Kad Kredit & Kad Debit, Apa perbezaannya?

Posting ini saya ingin menceritakan yang paling asas dahulu, iaitu kemudahan pembayaran secara elektronik. Medium pembayaran untuk sesuatu urusniaga dipermudahkan dengan menggunakan kad. Tanpa perlu tunai.

Yang pertama sekali, yang perlu kita fahami adalah definisi;
1. Kad Kredit = Kredit di sini membawa erti pinjam atau (-)tif. Maksudnya, bukan duit anda. Duit pengeluar kad tersebut (bergantung kepada bank pengeluar).
2. Kad Debit = Debit membawa maksud milikan atau (+)tif. Ini bermaksud nilai duit yang ada di dalam kad Debit itu adalah nilai simpanan di dalam akaun anda.

Persoalannya sekarang, bukan semua orang layak memiliki kad Kredit. Ia bergantung kepada kelayakan gaji dan sebagainya. Tetapi untuk memiliki kad Debit lebih mudah. Hanya beli 'starter kit' atau pohon di bank, tanpa syarat kewangan, anda sudah boleh memiliki kad tersebut. yang menjadi soal adalah, nilai di dalam kad tersebut perlu anda sendiri yang isi. Sama seperti konsep 'topup' kredit telefon. Berbeza dengan kad Kredit, ia datang dengan nilai tertentu di dalamnya yang anda boleh pilih untuk gunakan. Tapi ingat, lepas guna nanti perlu bayar semula.

Paling mudah untuk faham, bayangkan anda pakai 'handphone prepaid' dan 'handphone postpaid'. Begitulah seadanya. Begitu jugalah penggunaannya.

Maka, tepuk dada tanya selera, tepuk poket tengok kemampuan. Secara individu saya menasihati memulakan dengan menggunakan kad Debit terlebih dahulu, kemudian barulah menggunakan kad Kredit. Lebih 70% pengguna kad kredit mengalami masalah dalam pembayaran semula. Kuasa tunai ini sangat tinggi. Waktu kita ingin pohon, ramai rasa mapu kawal tetapi apabila kuasa itu sudah ada di tangan ramai yang gagal berbuat demikian.

Credit atau Debit Card yang anda miliki tentu memiliki tanda VISA at

'II' Iklan Yang Berjaya

Penerangan bab inilah yang paling mudah. Tak perlu dijelaskan panjang lebar, namun untuk mencapai objektif inilah paling sukar. Sebab itulah harga untuk satu-satu iklan sangat tinggi. Nilai kreativiti iklan itulah yang menentukan ia berjaya mencapai objektif atau tidak serta harga kepada iklan tersebut samada mahal atau murah. Sebagai contoh, antara 10 poster di WALL facebook, yang mana berjaya membutakan anda klik? Ada atau tidak? Tiada? Itu bererti, poster yang dipaparkan telah gagal. Namun bukan itu sahaja faktornya, kekerapan serta faktor-faktor lain turut memainkan peranan. Untuk bab yang itu, kita akan bincangkan pada posting-posting mendatang.

Apa yang penting hari ini, kita ingin membincangkan bagaimana mengenalpasti iklan yang berjaya. Faktanya sangat mudah, iklan manakah yang membuatkan anda ingat kepadanya. Itulah iklan yang berjaya. Kejayaan itu adalah dari sudut penonton. Namun sekiranya anda seorang peniaga, atau seorang pelukis grafik, terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Anda memiliki objektif lain untuk membuat satu-satu iklan.

Iklan yang berjaya selalunya memiliki kategori-kategori berikut;
1. Mudah difahami (mesej yang ingin disampaikan tepat kepada penonton)
2. Iklan berada pada golongan yang tepat (cth; iklan KFC bukan untuk orang Palestin)
3. Membuat penonton ingin mengetahui lebih mendalam (tindakan susulan dari mereka)
4. Kekal dalam ingatan penonton (membolehkan ia bercerita pada orang lain)

Sekiranya anda rasa iklan yang anda buat itu menarik, anda perlu lihat aspek di atas dari sudut pandangan orang lain pula. Luang masa untuk melihat 'trend' terkini iklan agar perniagaan anda membuat iklan yang mengikuti peredaran zaman.

'IP' Bagaimana Nak Buat Aduan Tentang Teksi

Di bawah ni adalah nombor-nombor telefon yang anda boleh buat aduan tentang teksi. Ini untuk 1 Malaysia. Tak kira di mana anda berada, boleh hubungi nombor & laman web yang tertera.

Taxi Complaints / Aduan Teksi:
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan LPKP: http://e.kpun.gov.my/teksi/
Tel: 03 2698 5022 , Fax: 03 2692 5096

Complaints & Feedback / Aduan & Maklumbalas Pengguna Teksi: http://www.kpun.gov.my/borang/maklumbalas.php
Online Taxi Info Check / Semakan Maklumat Teksi: http://e.kpun.gov.my/teksi/info.htm

Road Transport Department / JPJ Online Complaint Submission: http://www.jpj.gov.my/aduan.htm
Tel: 03 8888 4244 (Hotline), 03 4023 6470 (JPJ Wilayah), 03 5540 3233 (JPJ Selangor), E-mail: info@jpj.gov.my

'TP' Taktik Jahat Pemandu Teksi


Ini bukan ditujukan pada semua pemandu teksi. Ada yang jujur dan amanah. Cerita ini berkisar di Lembah Kelang. Sesetengah pemandu, akan biar anda masuk ke dalam teksi dahulu, barulah menyatakan yang mereka tidak gunakan meter.

Saya sendiri terkena baru-baru ini. Sudah malam, jam hampir 11 malam. Pemandu tersebut meminta saya membayar RM30 untuk jarak yang dekat. Saya berkeras tidak mahu, dan terus keluar dari teksi tersebut. Mujur teksi berikutnya mengambil dan mengenakan caj bermeter dan jumlah yang saya bayar hanyalah RM19.

Tips yang ingin dikongsi, kalau anda jarang naik teksi (macam saya), tanya-tanyalah kawan dahulu. Mungkin di facebook anda blh letak status dan ada kawan yang menjawab. Perempuan lebih bagus buat macam ini. Ramai lelaki yang ingin tolong jawab.

Dapatkan kadar kebiasaan tambang dari rakan-rakan terlebih dahulu. Barulah rancang perjalanan anda yang lain. Anda perlu;
1. Tahu harga.
2. Ambil resit, penting sekiranya ingin membuat apa-apa aduan.
3. Jangan bagi muka kepada pemandu yang ambil kesempatan.
4. Kalau mereka tidak senonoh, rakam guna handphone. Majoriti ada aplikasi ini.
5. Jangan lupa ambil nombor aduan dan nombor teksi.

Jika mereka sangat baik juga, ambillah nombornya. Mungkin bila anda perlu atau rakan-rakan perlu boleh perkenalkan.

'TP' Seluar Siapa Mahal?


1 Januari 2011. Hari dah tengahari masa tu. Aku bawa ibu aku keluar jalan-jalan pergi Mid-Valley. Pendekkan cerita hari itu aku 'shopping'. Terus terang aku ni spesies yg kurus sangat. Dah lama teringin skinny jeans tapi tak sesuai. Ada cousin aku pesan, kalo bdn mcm aku ni, cuba cari Jeans Slim Fit PEREMPUAN. Aku jmp, bila pakai okay. Aku pun beli. Tak siapa pun tahu tu seluar perempuan sebab zaman sekarang 'trend' pakaian kadang-kadang hampir sama.

Aku nak pendekkan lagi cerita aku kat sini. 2 minggu lepas aku jumpa seorang kawan. Dia bawa awek dia masa jumpa dengan aku tu. Aku tengok seluar awek dia, hampir sama dengan aku punya tapi warna sahaja yang beza. Aku pun tanya, " U pakai slim fit Miss Sixty ye?". Dia jawab, " Ha ah, mana U tahu?". Aku explain yang aku ada sehelai dan sbb pe aku kena pakai yang perempuan punya.

Aku tanya lagi, "U beli di butik ke?", dia jawab ya. Dia cakap selesa pakai seluar ni. Dia cakap ada banyak warna, dia nak beli lagi. Aku pun cerita, aku beli seluar yang sama dengan harga yang lebih murah, sebab aku beli di 'Outlet Store'. Sama sahaja, cuma mungkin ada sedikit reject yang kita tak perasan.

Dengan selamba dia jawab kat aku, "Not my standard beli kat situ". Then aku diamkan sahaja. Tukar topik lain. Masa nak balik dia tny aku, "boleh ye u pakai yang beli kat situ?" Aku sempat jawab boleh sahaja dan aku terus gerak. Aku cakap kat dia, "I will share with U dekat FB u nanti".

So di sini, aku bukan nak kutuk sapa-sapa kat sini, tapi aku nak kongsi dengan u dan semua pengguna di Malaysia. Untuk barang yang sama, u bayar RM300 dan aku bayar RM50. Untuk amaun yang u keluarkan, aku dapat 6 helai jeans yang berbeza-beza warna.

Cuba kita fikir;
1. Tak siapa tahu kita beli seluar tu di mana.
2. Tak siapa tahan kita tengah jalan untuk tengok logo jenama yang kita pakai.
3. Kita tak akan kena sakit gatal-gatal kulit kalau beli dari situ.
4. Tak siapa juga yg datang bagi kita duit sebab kita beli di butik.

Kesimpulan dia, aku ada RM250 lebih yang mana hari tu aku belanja ibu dan adik aku makan puas-puas 'lunch' dan 'dinner'. Masih ada baki yang malam aku keluar dengan kawan-kawan pergi minum pulak. Adakah saya bertindak bijak sebagai pengguna atau u lebih bijak sebab dapat 1 paper bag MISS SIXTY yang i tak dapat?

Mari kita renung-renungkan. Jangan kerana kita nak STANDARD tetapi kita menjadi mangsa pengeluar yang hanya terkenal dengan jenama.

p/s: seluar i tu elok lagi, buat pergi jamming lompat-lompat tak koyak pun. Memang original juga. :)